Wednesday, June 12, 2013

Pengenalan PPDa

 Visi

Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015


Misi

Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.

Matlamat

Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di Sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “ Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012.”


Fungsi

  • Pendidikan Pencegahan Awalan untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.
  • Pengurusan Program Intervensi untuk murid yang berisiko dan terlibat mencuba rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV-Aids.
  • Pengurusan Data, Penyelidikan, Dokumentasi dan Publisiti berkaitan PPDa. 


PROGRAM-PROGRAM PPDa
Program – program PPDa dijalankan melalui 4 pendekatan utama iaitu :-

1. Pengurusan dan kepimpinan

   - Penubuhan Jawatankuasa PPDa di semua peringkat
   - Minggu PPDa
   - Latihan Personel
   - Minggu Anti Dadah Kebangsaan/Antarabangsa
   - Ujian Urin/Pengesanan Awal Dadah
   - Kajian Tindakan
   - Seminar Guru
   - Seminar PIBG

2. Kurikulum
   -. Mesej PPDa dan Cegah Rokok
   -. PPDa Dalam KBSM
   -. Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR)
   -. Program Sifar Dadah Sekolah Rendah(PROSIDAR)
   -. Ceramah PPDa / Pameran

3. Kokurikulum
   a. Skim Lencana Anti Dadah ( SLAD)
   b. Jambori SLAD
   c. Karnival PPDa
   d. Kem PINTAR
   e. Kajian Lapangan/Lawatan PPDa
   f. Karnival PPDa

4. Pembangunan Sahsiah
   a. Kaunseling PPDa
   b. Program Intervensi
   c. Program Gerak Sedar Bersepadu(PROGRES)
   d. Waja Diri PPDa
   e. Seminar PPDa
   f. Kolokium Kepimpinan PPDa
   g. Orientasi Sahabat PEMADAM
   h. Nafas Segar
   i. Tunas PPDa

No comments:

Post a Comment